Ritokirin



Chapter 1


"R-Rin-kun!" Kanami memanggil dengan tersekat-sekat. Ritokirin langsung tidak berpaling. "Ritokirin-kun!" kali ini Kanami meninggikan suaranya. Ritokirin serta-merta berpaling ke arahnya. "Oh! Kanami-san rupanya. Fikirkan siapa tadi," kata Ritokirin sedikit terkejut. "Ya, ada apa?" kata Ritokirin sambil senyum ke arah Kanami. "Dia sebut nama sayalah!" jerit hati kecil Kanami. "Janganlah buat muka macam tu," kata hati Kanami. "Ugh.. Macam mana ni?" Kanami masih berdiam diri. "Awak tak apa-apa?" Ritokirin mendekatkan mukanya ke muka Kanami dan membuatkan Kanami terkejut besar. "Dekat sangat!" sekali lagi hati kecil Kanami menjerit. Dia tidak pernah bercakap dengan Ritokirin sebelum ni jadi dia sedikit gelabah dan malu. "Pfft!" "Huh?" "Hahahaha! Reaksi Kanami-san luculah" ketawa Ritokirin. Dia berasa lucu dengan reaksi Kanami yang menggelabah itu. Kanami hanya melihat dia dengan penuh rasa malu.

"Ada apa cari saya?" tanya Ritokirin biasa. "Eto.. Nah," Kanami memberikan sesuatu berupa kotak hadiah kepada Ritokirin. "S.. Sebenarnya.. S-Saya dah lama sukakan awak. Jadi, terimalah coklat saya!" Kanami terus sahaja meluah kepada Ritokirin tanpa berselindung sambil menghulurkan kotak berisi coklat itu kepada Ritokirin. 
Ritokirin hanya mendiamkan dirinya. "Dia dengar ke? Senyap je.." bisik hati Kanami. Dia pun mendongak memandang Ritokirin. Alangkah terkejutnya Kanami melihat Ritokirin sedang mengelamun. "Eh?! Dia tak dengar ke?!" jerit hati Kanami. "Eh! Alamak! Mengelamun pula saya! Maaf! Maaf!" Ritokirin meminta maaf. "Oh ya! Tadi.. Dia meluah kepada saya kan?" bisik hati Ritokirin. 

"EEEH?! Budak perempuan meluah dengan sayalah!" jerit hati Ritokirin. "Eh? Kenapa dengan muka tu?" kata Kanami perlahan. "Macam mana ni? Takkan nak beritahu dia?" bisik hati Ritokirin. Dia berasa ragu-ragu untuk untuk memberitahu perkara yang sebenar. Tetapi, dia tetap ingin beritahu juga kepadanya. "Boleh awak tengok sebentar gambar ini?" kata Ritokirin sambil menyeluk poketnya. Dia pun mengeluarkan satu gambar dari poketnya tadi dan menghulurkannya kepada Kanami. Kanami pun mengambilnya tanpa teragak-agak. "Hanya kau je yang tahu pasal ni," kata Ritokirin kepada Kanami sebelum dia membenarkan Kanami melihat gambar itu. "Wah! Adakah saya seorang je yang tahu rahsia dia? Terujanya!" hati Kanami berkata dengan terujanya. Dia pun melihat gambar tersebut dan terkedu setelah melihat gambar itu. Seorang budak perempuan berkimono dengan bunga yang diklipkan dikedua-dua belah sisi kepalanya. Budak itu sedang tersenyum ceria. "Eh?" Kanami terkebil-kebil memandang Ritokirin. "Comelkan budak ni," kata Ritokirin dengan ceria. "Y-Ya! Sangat comel! Wah! Tak tahu pula awak ada adik," Kanami hanya buat-buat gembira setelah melihat gambar itu. Dia sebenarnya tidak faham dengan tindakan Ritokirin.

"Sebenarnya.. sayalah budak tu," kata Ritokirin tersipu-sipu. Keadaan menjadi senyap serta-merta. "Eh? Eeeeehh!!"



 Kanami sangat terkejut dengan kata-kata Ritokirin. "Awak seorang perempuan?!" kata Kanami dengan muka terkejut. "Ah! Jangan kuat sangat. Nanti orang dengar," kata Ritokirin sambil meletakkan jarinya di bibir Kanami. "U-Uh..," Kanami pada mulanya sangat terkejut dan akhirnya dia tenang semula. Ritokirin terdiam seketika. "Sekarang awak dah tahu kan? Maaflah kalau saya kecewakan awak," kata Ritokirin sambil menggaru pipinya yang tidak gatal menggunakan jarinya. Dia agak takut untuk memberitahu perkara sebenar tetapi dia yakin bahawa Kanami boleh menjaga rahsianya. Kanami hanya mendiamkan diri sambil mengetap bibirnya. "Kanami-san. Maafkan saya. Awak marah ke?" Ritokirin mula risau sekiranya Kanami tidak memaafkan  dia. Dia pun memandang semula Ritokirin setelah berfikir sejenak.

"Kenapa awak yang kena minta maaf? Saya yang sepatutnya minta maaf pada awaklah," kata Kanami sambil menunjukkan wajah cerianya. Dia rasa bersalah sebab buat Ritokirin memberitahu rahsianya hanya untuk mengelakkan Kanami suka padanya. "Baiklah. Saya maafkan," kata Ritokirin membalas senyuman Kanami. "Eh? Apasal lurus sangat budak ni? Saya belum minta maaf lagilah," kata Kanami dalam hati. "Tapi, bukankah ini lebih baik? Takpelah. Ritokirin memang baik hati," sambung kata hati kecil Kanami. "Nah. Terima kasih sebab jujur. Harap tak menyusahkan, " kata Kanami sambil menghulurkan gambar yang diberikan oleh Ritokirin sebentar tadi. Ritokirin pun mengambil gambarnya semula. "Takpe," Ritokirin melihat gambarnya sekali lagi dengan senyuman terukir di wajahnya. "Baiklah, saya balik dulu," kata Ritokirin sambil mengusap kepala Kanami yang hanya separas dadanya sahaja. "Jumpa di sekolah esok, ya?" kata Ritokirin sambil melambai sebelum meninggalkan Kanami. "Tunggu!" Kanami memanggil semula Ritokirin yang sudah beberapa langkah jauhnya darinya. "Hmm?" Ritokirin memandang ke belakang. "Nah," mata Ritokirin membulat memandang ke arah Kanami.

Kanami menghulurkan sekotak coklat yang sepatutnya Ritokirin menerimanya dari awal lagi. "Awak suka coklat, bukan? Tadi awak bukan main berbunga-bunga bila saya beri coklat ni," kata Kanami dengan senyuman terukir di wajahnya. "Ambillah," "Betul?" kata Ritokirin dengan terujanya. Dia pun mengambil kotak itu lalu berterima kasih kepada Kanami. "Terima kasih, Kanami-san!" Ritokirin pun senyum menunjukkan barisan giginya. "Ya..," kata Kanami dengan malu. Penampilan Ritokirin seperti lelaki itu membuatkan dia sedikit kekok walaupun sudah mengetahui bahawa Ritokirin seorang perempuan. Perasaan suka Kanami terhadap Ritokirin sudah bertukar menjadi hubungan persahabatan mereka sejak peristiwa itu. 

Beberapa bulan kemudian, Kanami berpindah ke sekolah menengah yang lain dan membuatkan Ritokirin berasa sepi dan keseorangan. Pelajar yang lain tidak mendekatinya kerana dia selalu bergaduh dengan pelajar lain. Hakikatnya, Ritokirin bukannya suka bergaduh pun. Suatu hari, sewaktu pulang ke sekolah, Ritokirin terdengar suara pelajar-pelajar lelaki daripada satu lorong yang tidak berapa jauh dari tempat Ritokirin berdiri. Ritokirin memandang pelajar-pelajar tersebut. Mereka seperti mengerumun seseorang. "Hei! Mari buli dia! Haha!" kata salah satu pelajar lelaki itu. 

Rupa-rupanya, mereka sedang membuli seorang pelajar perempuan. "Budak nerd! Hahaha!" tambahnya lagi. Salah seorang daripada mereka mendekati perempuan tersebut dan meletakkan tangan kanannya pada dinding. "Di mana nak mula ya?" katanya dengan sinis sekali. Pelajar perempuan itu hanya memandang lelaki itu dengan ketakutan. Dia kaku dan tidak mampu berbuat apa-apa. "Berhenti!" kata satu suara dari jauh. "Huh?" pelajar lelaki itu memandang ke arah suara tersebut. Tiba-tiba, satu tumbukan dilepaskan ke pipinya sehingga dia terbuang dan terlanggar kawan-kawannya yang lain.

"Itu Ritokirinlah! Lari! Lari!" kata mereka dengan cemas apabila mengetahui bahawa Ritokirinlah yang menumbuk pelajar lelaki itu tadi. Mereka cabut lari dari Ritokirin kerana mereka takut berhadapan dengannya. "Tak guna kau!" jerit pelajar lelaki itu dalam hatinya sambil melarikan diri dari Ritokirin. Pelajar perempuan itu kagum melihat Ritokirin menghalau pembuli-pembuli itu. "Ritokirin-kun.. Dia.. selamatkan saya.." katanya dalam hati. Ritokirin hanya memerhati pembuli-pembuli itu cabut lari dan tidak menyedari bahawa pelajar perempuan itu sedang memerhatinya. 

"Oh!" Ritokirin baru saja perasan akan kehadiran perempuan itu. "Awak tak apa-apa?" tanya Ritokirin kepadanya. "Ya.." kata pelajar itu dengan perlahan. "Terima kasih sebab selamatkan saya," katanya lagi. Dia terharu terhadap Ritokirin yang telah menyelamatkannya. Ritokirin berasa lega dengannya. "Sama-sama. Perkara kecil je," Ritokirin senyum menampakkan barisan giginya. 

                                                                          ******
Keesokan harinya, Ritokirin bersiar-siar di sekitar laman sekolahnya pada waktu rehat. Tiba-tiba, dia terdengar seseorang memanggilnya. "Ritokirin-kun!" kata suara itu. "Huh?" Ritokirin pun memandang ke arah suara itu. Rupa-rupanya, pelajar perempuan yang dia selamatkan kemarin. "Oh, awak yang semalam! Awak apa khabar?" tanya Ritokirin kepadanya. "A-Ano.. Ritokirin-kun!" "Ya?" "Saya suka awak!" kata pelajar itu tanpa berselindung. Pelajar itu sukakan Ritokirin setelah menyelamatkan dia dari pembuli-pembuli itu. Ritokirin terkedu. "Sekali.. lagi?!" kata Ritokirin dalam hatinya. Dia tidak sangka perkara sedemikian akan berulang kembali. Dia tidak mahu orang ramai mengetahui identitinya. Cukuplah hanya Kanami sahaja tahu tentang dirinya itu. Ritokirin tidak dapat menahan lagi. 

"Eh?" pelajar permpuan itu perlahan-lahan mengangkat kepalanya. Dia hairan kerana Ritokirin asyik mendiamkan dirinya dari tadi. "Tch! Maafkan saya!" Ritokirin terus meninggalkan pelajar itu tanpa menghiraukan keadaan pelajar itu. Pelajar itu hanya terkedu melihat Ritokirin menjauhkan diri darinya. "Memang betul. Tiada siapa yang sukakan budak nerd.. Tiada siapa..," pelajar itu mula menangis dan berlalu dari situ.

                                                                 ********


No comments:

Post a Comment