My Top 5 Stories

Cerita-cerita ini merupakan cerita yang popular dikalangan kawan-kawan saya. Saya belum menghabiskan cerita-cerita ni sebenarnya sebab tiada masa atau mood takde.. (Hehe..) Jadi, harap pembaca semua terhibur dengan cerita saya.


Ritokirin
Sinopsis;
Kadokaze Ritokirin, seorang budak perempuan 14 tahun dimasukkan ke dalam sekolah berasrama yang dinamakan Argostic Private School bersama abangnya, Kadokaze Takaya oleh ayah tiri mereka, Dagokawa Kyouhei. Ayah mereka berdua meninggal semasa Ritokirin masih bayi. Ibu mereka pula
dibunuh oleh seseorang yang mencemburui kebahagiaan keluarga mereka ketika Ritokirin berusia 5 tahun. Pembunuh tersebut juga ingin membunuh Ritokirin. Disebabkan hal itu, Kyouhei pun membuat keputusan yang Ritokirin terpaksa menyamar menjadi lelaki demi melindungi identitinya yang sebenar supaya dia tidak dapat dikesan oleh pembunuh tersebut. Ritokirin juga terpaksa tinggal di dalam asrama lelaki yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari tempat berlainan. Dapatkah Ritokirin bertahan dengan identiti palsunya itu? Siapakah ayahnya yang sebenarnya? Adakah lagi dunia selain dunia manusia dan Argostic? Jawapannya ada di dalam kisah ini!


The Lord Of Vampire
Sinopsis:
Max Arslake, anak kepada Raja Pontianak iaitu ayahnya, Malvis Arslake telah kehilangan ibunya, Maria Arslake pada Perang Myroth yang ke-3. Waktu itu, Max masih berusia 5 tahun. Dia hilang segalanya termasuk tempat tinggalnya dan ingatannya. Dia diambil oleh ibubapa angkatnya dan mereka juga dibunuh oleh pemburu pontianak sewaktu Max berusia 10 tahun. Kemudian, dia diambil oleh Steven Black, saintis genius yang juga merupakan kacukan manusia-pontianak dan Max tinggal bersamanya di Jepun. Disana, dia bersekolah seperti budak biasa di satu sekolah yang biasa dan bertemu ramai kawan manusia dan berkawan dengan mereka. Max tahu yang dia seorang pontianak tetapi dia tidak tahu bahawa dia adalah seorang anak raja pontianak. Ikuti kisah bagaimana Max mendapatkan semula ingatannya dan menghadapi pelbagai ragam manusia yang dijumpainya sepanjang dia mencari di manakah ayahnya berada.


SeMeKAK - 38 Hari
Sinopsis:
Nurul Hafizah, budak perempuan yang berumur 14 tahun. Dia seorang yang ceria dan peramah dan mempunyai 6th sense iaitu melihat benda yang orang biasa tidak mampu lihat. Dia bertemu dengan roh seorang lelaki yang baru sahaja meninggal dunia beberapa jam yang lalu di dalam kelas Hafizah sewaktu mereka dalam pembelajaran. Lelaki yang bernama Zaki itu meminta bantuan daripada Hafizah untuk mencari adiknya yang juga satu sekolah dengan Hafizah kerana dia ingin menyampaikan satu pesanan kepada adiknya. Malangnya, Zaki lupa rupa adiknya akibat jarang berjumpa dengan adiknya. Hafizah terpaksa menunaikan permintaan Zaki itu dan terpaksa menempuh pelbagai kekecohan yang tiba-tiba muncul di dalam asrama sekolah mereka termasuk Zaki yang selalu mengikut Hafizah ke mana sahaja dia pergi. Hafizah juga dikejutkan bahawa dia mempunyai seorang kembar yang terpisah sejak mereka bayi. Dapatkah Hafizah menjumpai adik Zaki? Siapakah kembarnya? Ikuti kisah ini untuk mendapatkan jawapannya!

No comments:

Post a Comment