Saturday, September 10, 2016

Tentang Diri Saya

Saya hanyalah pelajar Tingkatan 3 biasa yang bersekolah di salah satu sekolah agama di Sabah. Saya tinggal bersama keluarga tersayang di Keningau. Saya mempunyai 5 adik beradik termasuk saya dan saya adalah yang sulung. Saya ada 3 adik perempuan dan seorang adik lelaki.

Di sekolah, saya selalu mendapat tempat ke-10 dan ke atas di dalam tingkatan. Saya selalu meluangkan masa saya dengan buku atau
bercerita dengan kawan-kawan. Hobi saya ialah melukis, menyanyi, mendengar lagu, membaca buku dan bermain permainan video di komputer.

Saya juga membuat banyak komik tetapi hanya dibaca oleh rakan-rakan saya sahaja. Mereka sangat sukakan cerita saya dan menyuruh saya supaya menerbitkan komik-komik saya itu tetapi saya tidak tahu bagaimana. (Haha.. 😅) Cerita dunia fantasi selalu terlintas di fikiran saya sewaktu saya bersendirian atau membuat apa-apa kerja contohnya membasuh kain, menyapu dan lain-lain. (Ianya benar, saya tak menipu) Kadang-kadang saya dapat idea untuk komik saya daripada mimpi saya. Saya suka menceritakan apa-apa idea yang terlintas di dalam fikiran saya kepada kawan baik saya. Dia juga salah seorang pembuat komik seperti saya. Dia hanya ingin dikenali dengan nama penanya iaitu Diachi. Saya dan dua orang rakan saya termasuk Diachi adalah pembuat komik di dalam kelas kami. Seorang lagi ialah IY. Dia juga banyak membuat shoujo manga (komik pendek).

Kami bersama-sama membuat komik. Cerita saya bergenre fantasi dan pengembaraan. Diachi pun sama. IY pula suka buat cerita bergenre romantik. Dalam blog ni, saya menceritakan imaginasi saya berbentuk novel dan mungkin akan terselit komik saya.

Baiklah, itu sahaja yang saya dapat cerita tentnag diri saya. Saya akan menambahnya lagi pada masa akan datang.

Okey, ini adalah cerita-cerita yang saya akan tulis sebentar lagi. Semua idea saya akan tulisnya di sini dalam bentuk novel. Mungkin ada cerita yang belum saya tulis sebab saya tidak ada masa untuk menulisnya. Saya tinggal asrama sebenarnya. Jadi, tak sempat lah nak tulis.

List 1# ( Cerita ini sudah menjadi komik. Tapi, ingat. Saya belum pernah terbitkan mana-mana cerita saya. Kalau korang nak saya terbitkan komik saya, korang tolonglah saya, ye.)


IG: miss_sa28
FB:Kabuko Angelim
(Walaupun sebenarnya saya kurang aktif hehe..)

2 comments: