Monday, September 12, 2016

Cosplay



Inilah pertama kali saya order barang dari Internet! Terujanya! Baju yang diidamkan dah muncul kat depan mata! Saya nak! Saya nak! Saya nak! Tapi... Ada masalah sikit.. Saya ni..
baru Form 3.. mana ada duit. Paling utama, saya tak tahu macam mana nak bayar kalau beli barang secara online. Saya tak beritahu ibubapa saya. Takut mereka marah. Hehe.. 

Lepas baca "Temu bual eksklusif bersama Bella Coser" terus semangat dalam diri saya membara-bara nak jadi macam Kak Bella. Saya pun nak jadi cosplayer berhijab juga! Cantik! Saya suka! Jadi, semangat nak dapat straight A pun membara juga. Untuk pakej cuti satu minggu ni, saya bawa banyak buku rujukan dari sekolah ke rumah. Siap pinjam buku rujukan dari kawan lagi. Tak pernah sepanjang tahun ni saya buat macam tu. Tinggal sebulan lagi tinggal nak PT3, baru nak ulang kaji. (Haha) Jangan jadi macam saya! Tapi, jangan risau. Semangat ni, belum lagi berkurang sejak Khamis lalu. Lebih membara adalah. Saya nak belajar menjahit dengan makcik saya lepas habis PT3. Wah! Tak sabarnya! Banyak dah perancangan selepas PT3 saya dah buat. Saya nak habiskan terus semua yang saya nak buat lepas PT3.
Kak Bella! Saya pun nak jadi macam Kak Bella! Tolong beri tunjuk ajar! Onegai shimasu!



No comments:

Post a Comment