The Lord Of Vampire

Chapter 1

   Suasana di hutan pada malam itu sangat sunyi. Kelihatan seekor kelawar sedang terbang menuju ke sebuah rumah yang terpencil di dalam hutan itu. Tok! Tok! Tok! "Max! Makan malam dah siap," kedengaran satu suara memanggil  Max dari luar bilik. Pintu biliknya diketuk beberapa kali. Seorang wanita muncul dari luar pintu bilik Max. Wanita tersebut melihat Max yang sedang terbaring di atas katilnya lalu mengeluh perlahan. "Dah tertidur. Sekali lagi?" keluh wanita itu lalu menutup semula pintu bilik itu. Max yang sebenarnya belum tidur itu mengintai dari selimutnya. Setelah yakin wanita yang merupakan ibu angkat Max itu sudah berlalu pergi, Max pun turun dari katilnya dan menuju ke salah satu tingkap biliknya. 
   
  Bulan mengembang pada malam itu menerangi seluruh hutan tersebut. Max hanya melihat bulan tersebut dari dalam biliknya melalui tingkap. Tiba-tiba, tingkapnya diketuk. Seekor kelawar sedang terbang menunggu tingkap dibuka. Max pun membuka tingkap supaya kelawar itu masuk ke dalam biliknya. Di leher kelawar tersebut terikatnya surat. Rupa-rupanya, kelawar itu membawa satu pesanan daripada seseorang kepada Max. Max pun mengambil surat dan membaca isi surat tersebut.
Dia terkedu setelah membaca isi surat tersebut dan serta-merta memandang pintu biliknya. Dia merasakan sesuatu yang tidak kena terjadi. Dia pun perlahan-lahan mendekati pintu biliknya. AAARGH! Satu jeritan dari luar mengejutkan Max.

   Max membuka pintu biliknya perlahan-lahan dan mengintai dari celah pintunya. Dia sangat terkejut apabila melihat ibu angkatnya sudah terbaring di atas lantai tidak bernyawa. Di sebelah mayat ibu angkatnya berdiri dua orang manusia yang sedang berbual. "Alaa.. Dah mati. Cepatnya," kata lelaki  yang merupakan salah seorang dari mereka. Di sedang memegang sebilah pedang perak tulen dan mungkin dialah yang membunuh ibu angkat Max. "Macam awak tak tahu pontianak ni macam mana," kata seorang lagi wanita di sebelah lelaki tersebut. Lelaki yang bernama Kyle itu terasa mereka diperhati lalu memandang pintu bilik Max. "Hmm?" Kyle mendekati pintu bilik Max yang terbuka sedikit itu. Max menunggu Kyle dengan penuh ketakutan. Dia bersembunyi disebalik pintu. Kyle pun membuka pintu itu dan masuk ke dalam bilik Max. "Kosong?" kata Kyle penuh kehairanan. Kyle pun menuju ke tingkap yang terbuka itu. "Dah lari?" kata Kyle cemas. Dia fikir Max sudah melarikan diri melalui tingkap itu. Wanita yang bernama Lina itu pun masuk ke dalam bilik itu dan melihat di sebalik pintu bilik itu. "Oh!" Lina berkata dengan senyumannya yang terukir di wajahnya.

Rupa-rupanya, dia sudah menjumpai Max yang sedang bersembunyi di sebalik pintu biliknya. Dia sedang menangis ketakutan sambil memeluk kedua kakinya. Max mengundur ke belakang apabila Lina ingin mendekatinya. "Jangan takut," kata Lina dengan lembut. "Jangan risau. Kami tak akan apa-apakan kamu," kata Lina dengan tenangnya. Kyle pun mendekati mereka dengan perasaan geram. "Sini pula," kata hati Kyle dengan geramnya. "Oh!" Lina terpandang sesuatu. " Hei, budak. Awak kena ikut kami sekarang juga," kata Kyle dingin. Lina memandang Kyle dengan marah. "Shh! Abang diam!" kata Lina dengan marah. Max hanya melihat mereka dengan ketakutan. Lina pun mengambil sehelai kertas yang berada di sebelah Max. "Oh! Surat!" kata Lina sambil membaca isi kertas itu. Kertas itu berbunyi:

   "Max, lari! Ada orang pelik   nak datang ke rumah awak.     Mereka nak bunuh kamu         semua!"

"Orang pelik?" kata Lina kehairanan. Kyle pun menghunuskan pedang peraknya ke arah Max. "Jadi, tak perlu nak beri alasan lagi. Awak sebahagian daripada mereka," kata Kyle tanpa ragu-ragu. "Abang, tunggu dulu!" Lina menghalang Kyle yang sudah bersedia untuk membunuh Max.

"Kita kena pastikan dulu. Jangan terburu-buru!" kata Lina kepada suaminya itu. "Baiklah," kata Kyle dengan nada sedih. "Apa lagi isteri aku ni nak buat? Susah macam ni," kata Kyle dalam hatinya. Max hanya melihat mereka berdua sambil menunggu nasibnya selepas ini. Lina pun membongkokkan badannya dan mendekati Max. Dia pun membuka mulut Max dengan lembut. Max yang yang terkejut itu tidak mampu berbuat apa-apa. "Hmm.. Gigi taringnya tak panjang," kata Lina sambil memeriksa mulut Max. Kemudian, dia pun memeriksa leher Max. "Kesan gigitan pun takde. Peliknya," kata Lina kehairanan. Dia hairan melihat Max yang tidak mempunyai sebarang tanda yang menunjukkan dia seorang pontianak. Kyle hanya mendiamkan dirnya.

"Heh! Fikir saya tak tahu ke?" Kyle akhirnya bersuara. "Kau ingat dapat lari hanya dengan alasan yang tak masuk akal tu?" kata Kyle seperti menyedari sesuatu. "Pertama, taring kau masih pendek mungkin sebab kau baru saja cabut taring asal kau sebelum kami sampai ke rumah ni. Kedua, kau adalah asli sebab tu kau takde kesan gigitan," kata Kyle dingin. "Tapi, itu hanya andaian. Jadi, hanya ada satu cara yang akan bongkarkan segalanya. Pedang ni diperbuat daripada perak asli," Kyle menghunuskan pedang peraknya ke arah Max.

"Kita akan lihat tindak balas kau selepas manyentuh perak ni," kata Kyle sambil mendekatkan pedang itu ke muka Max. Max hanya menutup matanya kerana ketakutan. Pedang itu pun menyentuh pipi Max. Pasangan pemburu itu terkejut. Beberapa titis cairan perak itu jatuh ke lantai. "T..Tak mungkin.." Kyle terkedu. Bukan Max yang berubah tetapi pedang itu yang melebur!

Keadaan menjadi senyap seketika. Max pun membuka matanya dan terkejut setelah melihat pedang itu mencair di depannya. Max seperti tidak tahu apa-apa tentang kejadian yang berlaku itu. Kyle hanya melihat pedangnya dengan kecewa. "Haish.." Kyle mengeluh sambil menyarung pedangnya di sarung pedangnya yang terletak di belakang Kyle. Lina hanya melihat suaminya hampa dengan dirinya. Kemudian, dia pun memandang semula ke arah Max yang mendiamkan diri itu. "Abang," tegur Lina. "Kita bawa dia ke pangkalan, okey? Budak tu nampak tak berbahaya sebenarnya," kata Lina memujuk suaminya.

Kyle hanya memandang isterinya dengan wajah bersalah. "Ok?" Lina memujuk Kyle. Dia membuat muka comel untuk memujuk suaminya. Akhirnya, Kyle pun kalah dengan kecomelan isterinya itu. "Baiklah. Tapi, kena cepat tau. Kita dah kesuntukan masa ni. Dah takde apa-apa lagi kan?" kata Kyle tanda dia sudah mengaku kalah dengan isterinya. Dia menarik lengan bajunya untuk mengeluarkan satu alat yang berupa jam di tangannya. Lina gembira setelah mendengar jawapan itu daripada suaminya. "Okey, maaf sebab buang masa kat sini," kata Lina dengan gembira. Lina pun mendekati Max. "Mari," kata Lina sambil menghulurkan tangannya. Max terkejut melihat Lina berbuat sebegitu. "Nama kamu Max,bukan?" kata Lina. Max mengangguk perlahan. Dia takut untuk menyambut tangan Lina. Ini  pertama kali Max melihat manusia yang begitu baik kepadanya.

Lina masih menghulurkan tangannya kepada Max. "Marilah," Lina mempelawa Max dengan lembut. Kyle hanya melihat mereka berdua sambil membelakangi mereka. Dia sudah bersedia dengan alatnya itu. Max perlahan-lahan menyambut tangan Lina. Dia terpaksa mengikut mereka kerana dia takut kalau-kalau mereka akan mengancamnya. "Kembali ke pangkalan semula," serta-merta Kyle menekan jamnya setelah Max menyambut tangan Lina. Mereka membawa Max ke pangkalan mereka menggunakan alat teleportasi itu. Zupp!! Mereka lenyap serta-merta dari rumah itu.

Tamat Eps 1



*Halaman ini hanya memaparkan episod pertama The Lord of Vampire sahaja. Sambungan seterusnya berada di halaman utama (Home). Sekian terima kasih :)

No comments:

Post a Comment